Sabtu, Juli 26, 2003


IBU

Ibu,
Kau bagai pelita
Menerangi hidup yang gelap
Ingin ku Tumpahkan
Curahan kasihku setiap detik bersamamu

Ibu,
Mentarimu tidak akan hilang
Cahaya di matamu sentiasa di hati
Ku mengerti perasaan dan jiwamu
Setiap kali kau sebak
Ku semakin sedih

Ibu,
Aku berharap agar
Kau mengerti perasaan jiwaku
Riang bila kau menguncup dahiku
Terasa kasih sayang yang kau berikan
Aku masih berdiri kaku
Tanpa haluan
Tanpa kasihmu
Tanpa segalanya

Ibu,
Kau ratu di hati ini
Kau membuatku senyum pabila ku berduka
Saat ku masih bayi
Kau menyayangiku
Namun dianya telah berlalu

Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkanku
Aku bangga kerana menjadi anakmu
Aku berharap kau mendengar rintihan ini
Segalanya yang ku harap
Kau bahagia, ceria dan bergembira
Di samping keluarga tercinta
Terima kasih wahai ibuku


0 comments:

 
... Shadows in the Dark! creditosbtemplates creditos Templates by lecca 2008 .....Top