Rabu, Agustus 27, 2008

Aku

0 comments

Aku sering ditanya,
Dengan beribu persoalan,
Tentang diri, kehidupan dan kesulitan,
Jawapanku tiada lain,
Yang pastinya lahir dari hati yang ikhlas ini,
Hati yang tabah,
Diiringi nurani yang cekal,
Dan akal yang waras...

Aku sering terfikir,
Apakah mampu persoalan itu terjawab?,
Terjawab tanpa sebarang helah dan alasan,
Dan terjawab dengan luhur,
Bagai disoal Munkar dan Nakir...

Aku sering termangu sendiri,
Melihat kelemahan diri,
Yang tercipta tanpa kesedaran insani,
Yang wujud kerana nafsu yang membara,
Bukan amal yang dikendong,
Atau iman yang dijunjung...

Dan aku masih memperbaiki diri,
Untuk menjadi yang terbaik,
Walau tidak sehebat Hajar,
Walau tidak secekal Khadijah,
Walau tidak secantik Balqis,
Atau semulia Zulaikha,
Tetapi ingin wujud dengan diriku sendiri,
Biarlah baik dikalangan kejahatan,
Kerna itu yang ku mampu...

 
... Shadows in the Dark! creditosbtemplates creditos Templates by lecca 2008 .....Top